Tuesday, 17 December 2013
PENGENALAN
Sejarah penubuhan Tadika Kinder World bermula pada 1 Januari 2010 di Taman Desa Jaya di Jalan 1, Kepong Ulu. Tadika Kinder World mula beroperasi sepenuhnya pada 19 Februari, 2010. Pengambilan tahun pertama adalah seramai 25 orang murid yang terdiri seawal usia 4 tahun hingga 6 tahun. Alhamdulillah kesemua murid telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Pada 1 Januari, 2012, Tadika Kinder World telah mengorak langkah lagi dengan membuka cawangan di Taman Sandaran Permai (dahulunya dikenali sebagai Taman Bukit Sandaran), Shah Alam, walaupun hanya menerima lima orang murid sahaja ketika itu. Pada tahun 2012 juga, jumlah murid cawangan ini telah bertambah seramai tiga puluh orang murid. Peningkatan drastik ini adalah kerana sokongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap prestasi murid-murid yang mengikuti sesi persekolahan di Tadika Kinder World sebelum itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment