Tuesday, 17 December 2013
PENGENALAN
Sejarah penubuhan Tadika Kinder World bermula pada 1 Januari 2010 di Taman Desa Jaya di Jalan 1, Kepong Ulu. Tadika Kinder World mula beroperasi sepenuhnya pada 19 Februari, 2010. Pengambilan tahun pertama adalah seramai 25 orang murid yang terdiri seawal usia 4 tahun hingga 6 tahun. Alhamdulillah kesemua murid telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Pada 1 Januari, 2012, Tadika Kinder World telah mengorak langkah lagi dengan membuka cawangan di Taman Sandaran Permai (dahulunya dikenali sebagai Taman Bukit Sandaran), Shah Alam, walaupun hanya menerima lima orang murid sahaja ketika itu. Pada tahun 2012 juga, jumlah murid cawangan ini telah bertambah seramai tiga puluh orang murid. Peningkatan drastik ini adalah kerana sokongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap prestasi murid-murid yang mengikuti sesi persekolahan di Tadika Kinder World sebelum itu.
OBJEKTIF
- Membina generasi berilmu, berakhlak mulia, beretika dan berjai diri untuk menjdi warga negara yang patriotik dengan mengamalkan nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni.
- Memupuk pengunnan bahasa dengan betul untuk mengembangkan kemahiran berbahasa, berkomunikasi dan berinteraksi.
- Membentk kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.
- Meningkatkan kecerdasan dan kecergasan fizikal serta amalan kesihatan dan keselamatn yang baik ke arah penyuburan potensi yang optimum.
- Menyuburkan kematangan emosi, kemahiran sosial, daya kretiviti dan estetika supaya dapat menghargai keindahan alam dan warisan budaya bangsa.
VISI DAN MISI
VISI
" Menyediakan satu sistem pendidikan awal yang komprehensif (bersepadu) dan efisyen bagi merealisasikan matlamat membentuk pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Selain itu, bagi melahirkan insan yang berilmu, kreatif, bijak dan berakhlak mulia. "
MISI
" Mewujudkan sistem tadika yang baik untuk pengajaran dan pembelajaran ke arah menghasilkan pelajar yang mempunyai kecemerlangan ilmu, berbudi pekerti, penyanyang dan bersahsiah bagi melahirkan bakal pemimpin yang profesional dalam pelbagai bidang. "
STAF STAF DI TADIKA KINDER WORLD
PENGASAS :
NAMA : Puan Delaila Binti Shariff
TARIKH LAHIR : 3.Ogos.1973
ASAL : Selangor
STATUS : Berkahwin
KELULUSAN : Master of Education in Universiti Malaya
PENGALAMAN : Pernah menjadi Guru Tadika Kemas di Damansara selama 8 tahun.
PENGURUS :
NAMA : Cik Nurul Nabilah Binti Mohd Azam
TARIKH LAHIR : 20.November.1994
ASAL : Negeri Sembilan
STATUS : Bujang
KELULUSAN : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Tun Abdul Razak
PENGALAMAN : Pernah menjadi guru tadika di tadika Permata selama 3 tahun.
GURU Bahasa Inggeris :
NAMA : Puan Aziqkah Naqibah Binti Azizan
TARIKH LAHIR : 24.Ogos.1994
ASAL : Johor
STATUS : Berkahwin
KELULUSAN : Ijazah Sarjana Muda in English di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
PENGALAMAN : Pernah menjadi guru bahasa dalam bahasa inggeris di sekolah menengah Kluang, Johor selama 2 tahun.
GURU Bahasa Melayu :
NAMA : Puan Fatin Fadzliyana Binti Fadzil
TARIKH LAHIR : 16.Jun.1994
ASAL : Selangor
STATUS : Berkahwin
KELULUSAN : Ijazah Sarjana Muda in Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Malaya.
PENGALAMAN : Pernah menjadi guru tadika di tadika kemas selangor selama 4 tahun.
GURU MURID UMUR 4 tahun :
NAMA : Nur Aqilah Binti Mohamad
TARIKH LAHIR : 1.Januari.1995
ASAL : Melaka
STATUS : Bujang.
KELULUSAN : Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Tun Abdul Razak.
PENGALAMAN : Pernah menjadi guru sementara di sekolah rendah Bukit Katil Melaka selama 3 tahun.
NAMA : Puan Ainina Binti Azman
TARIKH LAHIR : 5 Februari.1994
ASAL :Selangor
STATUS : Berkahwin
KELULUSAN : Diploma Pandidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Tun Abdul Razak..
PENGALAMAN : Pernah menjadi guru tadika di Tadika Kemas Selayang selama 4 tahun.
NAMA : Cik Maria Binti Ahamad.
TARIKH LAHIR : 30.December.1994
ASAL :Negeri Sembilan
STATUS : Bujang.
KELULUSAN : Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
PENGALAMAN : Pernah menjadi guru di Tadika Permata di Kuala Lumpur selama 2 tahun.
UNIFORM MURID TADIKA
* Baju Sukan Mereka Lelaki/Perempuan
* Baju untuk pelajar bukan Islam ( Lelaki )
* Baju untuk pelajar bukan Islam ( Perempuan )
* Baju untuk Pelajar Perempuan
* Baju untuk Pelajar Lelaki
JADUAL MAKANAN MURID
Piramid Makanan
Apakah Piramid Makanan?
Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari . Piramid Makanan juga digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat. Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik. Pengambilan makanan perlu dipelbagaikan kerana tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan.
SUKATAN PELAJARAN
SUBJEK
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Manderin
- Matematik
- Pendidikan Agama atau Moral
- Hafazan
- Seni Kreatif
- Seni Muzik
- Iqra'
JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN DAN TAKWIM TAHUNAN
Jadual Waktu Persekolahan dan Takwim Tahunan adalah berdasarkan jumlah minimum selama tiga jam sehari dan lima hari seminggu seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
KOKURIKULUM
Kegiatan Kokurikulum mengandungi kegiatan seperti berikut :-
- Sukan dan Permainan
- Persatuan Taekwando (6 tahun sahaja)
- Aktiviti Renang
- Lawatan dan Perkelahan
- Menerima Jemputan Persembahan
- Sambutan Hari Lahir
- Perkhemahan
- Dan Sebagainya
Subscribe to:
Comments (Atom)




















